Wednesday 27 July 2016

MINYAK KELAPA DARA (VCO) UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Hmm.. Teman ni bukanlah nak mempromot produk. Tapi teman nak cite je la produk yang teman baru beli petang tadi...



Tadaaaa!! Ni namanya D'aura minyak kelapa dara (virgin coconut oil).

Alhamdulillah usia kandungan dah menjangkau 30 minggu. Semoga baby sihat dan selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. Kawan-kawan pun suggest masuk bulan ke 7 ni dah boleh start ambil VCO ni. Kenapa? Sebagai salah satu cara memudahkan kita bersalin (dengan izinNya).

So, belek punya belek, rasanya produk ni tengah meletops-letops skang.. So gi la beli dan kebetulan dapat pulak beli dekat butik baby Little DJE, Shah Alam. (Boleh tengok instagram Little DJE) padehal tengah dok shopping tilam baby sekali ternampak ni sambar ajelah!

Harga sebotol di butik tu RM49. Saya beli 2 botol. Sebotol ada 80 biji softgel.
Kenapa saya beli 2 botol?

1) Senang takyah beli banyak2 kali. Sebotol ada 80biji softgel. Pengambilan sehari dalam 4-6 biji. So, sebotol ni tahan tak sampai sebulan pun.

2) Lagi satu, minyak VCO ni boleh juga digunakan untuk urutan perineum untuk ibu-ibu yang dah nak dekat2 bersalin. Apa itu urutan perineum? Baca kt sini yea. Untuk first time mommy, urutan ni membantu kita mengurangkan risiko terkoyak semasa bersalin. so boleh apply VCO ni semasa melakukan urutan tersebut. Nah i belanja pic urutan perineum skit.

Teknik Urutan Perineum

3) Kalau taknak buat urutan ni pun, mommies leh ambil VCO dan sapu je di bahagian faraj kita tu sedikit. Buat setiap hari masa nak tido lah elok.

Sebenarnya, D'aura VCO ni ada 2 jenis. satu dalam bentuk softgel satu lagi liquid (cecair). So boleh pilih mana-,mana. Yang liquid tu x jual loose dia memang datang dalam satu pack (2 botol) dengan harga RM79 rasanya. Ambil yang liquid lebih bagus. Tapi kalau mommies takleh nak telan yang liquid macam saya ni, amik je la yang softgel ye. Hehe. 

Antara khasiat D'aura VCO ni : 


Baca kat image ni ye. Hehe. Malas nak type. 
Ni rupanya softgel tu. 
So, terpulang pada mommies nak beli produk yang mana. Banyak juga VCO pelbagai brand kt pasaran. Tapi saya nak cuba yang ni dululah atas cadangan ramai orang. Semoga dipermudahkan urusan kita melahirkan anak. Amin.. :)







No comments:

Post a Comment